Eat Clean




Ramai yang menganggap untuk turun berat badan perlu kurang makan atau kurang pengambilan makanan setiap hari. Ada juga yang mengamalkan tidak makan masa tengah hari atau yang mengamalkan tidak makan waktu malam. Tapi hasilnya masih tetap sama atau semakin teruk. Apa yang saya amalkan adalah dengan mengamalkan cara pemakanan eat clean. 

Forget counting calories. Your ticket to a lean, healthy body is “eating clean,” says Tosca Reno.

Masih ada juga yang mengamalkan kepercayaan tahyul dengan tidak makan nasi untuk turun berat badan. Saya yang telah turun berat badan 30kg tetap makan nasi sejak dari hari pertama dalam program. 

Eat clean adalah makanan pada tahap paling semulajadi. Iaitu makanan yang
  • kurang atau tidak diproses
  • makanan yang tidak dicampur dengan bahan pengawet
  • makanan yang tidak mempunyai lemak yang tinggi (lemak tepu / lemak trans)
  • makanan yang tidak di tambah atau disuntik dengan bahan kimia 
Kebaikan utama makan secara eat clean ini adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan. Bagi yang dalam program turun berat badan, eat clean amat baik dalam memperbaiki diet untuk mendapatkan proses secara sihat.

Eat clean memberi tumpuan dalam pemilihan makanan seperti bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran, lemak dan protein. Selain itu, eat clean juga mendidik dan menggalakkan anda mengawal saiz hidangan. 

Faedah lain eat clean adalah dapat :-
  • meningkatkan tenaga
  • stabilkan paras kolesterol kepada lebih baik
  • stabilkan keseimbangan gula dalam darah
  • peningkatan tahap kesihatan
  • dapat menurunkan berat badan
  • menambah kuantiti otot dalam badan
Kesimpulannya, ilmu pemakanan amat penting dalam meningkatkan tahap kesihatan, turun berat badan atau tambah berat badan. Ini kerana tanpa ilmu tidak akan memberikan kesan yang maksimum semasa dalam program. Program Herbalife adalah satu program yang mementingkan dan mendidik kita untuk mengamalkan pemakanan dan gaya hidup secara sihat. Bila kita mempunyai ilmu pemakanan akan lebih memudahkan kita untuk mecapai keputusan yang terbaik dalam program turun berat badan, tambah berat badan atau peningkatan tahap kesihatan bersama program Herbalife. 

Pengambilan makanan sehari 2 kali                              Pengambilan makanan sehari 5 kali

Saya dulu masa berat 103kg, pengambilan makanan saya sehari adalah 2 kali sahaja iaitu pagi dan tengah hari atau tengah hari dan malam. Tapi bila telah mengamalkan gantian makanan HERBALIFE dan telah belajar cara untuk makan dari pakar-pakar pemakanan dan doktor-doktor dalam events HERBALIFE sekarang pengambilan pemakanan saya sehari adalah 5 kali. Bila kita "bijak" untuk makan kita akan tahu KENAPA kita makan dan APA yang kita makan. 

Antara contoh menu eat clean :

Luscious Grilled Shrimp Salad in an Avocado Shell
Spinach Bean Burrito Wrap
Quinoa and Vegetable Stir Fry
Skillet Chicken with Lemon-Garlic Sauce
Slow Cooker Indian Chicken and Rice
Clean-Eating Cobb Salad
Sumber : http://skinnyms.com


No comments:

Post a Comment

Blog Archive